Profile


Name:Izza Aripin
From:Cheras, Kuala Lumpur

Hidup Seindah Mimpi

DALAM PROSES PEMBIKINAN:

i) Kesinambungan Dan Mimpi Pun Bersatu untuk terbitan 2009
ii) Siri Kedua Akademi Gemilang untuk terbitan hujung tahun 2007
iii) Kejutan untuk peminat Kerana Dia Cinta

SUDAH BERADA DI PASARAN:


KERANA DIA CINTA
Terbitan KAKI NOVEL

AKADEMI GEMILANG: PENGEMBARAAN SUZAIMI
Terbitan PTS ONE SDN BHD

Calendar

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Tagboard

   

Gallery


Halaman:585/Harga:RM21.00/
Terbitan:Kaki Novel Enterprise/
Tahun:2006

Judul:Sebenarnya Cinta. Halaman:332. Harga:RM13.90. Terbitan: NH Media. Tahun: 2004
Judul:Segalanya Cinta. Halaman:235. Harga:RM12.90. Terbitan: NH Media. Tahun: Sept 2002/Mac 2003

Judul:Sofi. Halaman:179. Harga:RM8.90. Terbitan:Sri Ayu Publishing. Tahun:1997

Facts of My Novels

Dalam setiap novel, bermula daripada Segalanya Cinta, saya telah menggunakan latar tempat dan lingkungan kumpulan yang sama


Fakta 1
Hampir kesemua watak dalam novel saya menganggotai Kumpulan Pirate. Bermula daripada Arissa dan Izhan (SegC), Dania dan Zahim (SebC), dan Anne, Nida dan Badrul (DMPB). Kumpulan Pirate merupakan sebuah kelab rekreasi dan pengembaraan. Aktiviti utama kelab ialah mendaki gunung. Kumpulan ini mempunyai cawangan di setiap IPT yang dinamakan dalam setiap novel.

Fakta 2
Antara universiti yang dinamakan dalam novel ialah Universiti Wilayah Tengah (SegC, DMPB, KDC), Universiti Wilayah Utara (SebC), dan Universiti Wilayah Selatan (DMPB).

Fakta 3
Nida dan Badrul (DMPB) pernah muncul dalam SegC. Nama Anne juga ada disebut dalam novel ini. Malah Pulau Inderapura juga menjadi salah satu latar dalam kedua-dua buah novel. Dalam SegC, pulau ini menjadi lokasi reunion kumpulan Pirate UWT. Dalam DMPB, pulau ini menjadi tempat persembunyian Anne dan Ayrin.

Fakta 4
Taman di mana Gia (KDC) membawa dirinya di kala duka ialah taman yang sama yang dilalui oleh Suzaimi (AGPS). Malah tempat tinggal Suzaimi berhampiran dengan kawasan tempat tinggal Fahrein.

Fakta seterusnya akan dimasukkan sedikit demi sedikit.

Writers' Ark

Hani Ismail
Izzul Izzati
Dina Najat
Rabiatul Adawiyah
Eita Ashyta
Amir Husaini
Nisah Haron
Ahmad Patria Abdullah
Norra Hassan
Anis Ayuni
Najwa Aiman
Ruby Hazri
Rnyssa
John Norafizan

Resensi

Ulas dan Kupas
Antubuku
Dari Rak Buku Carriekirana
Forum Buku
Dunia Novel Adhan
Peminat Novel

E-Novel

Melarik Enigma
Cinta Si Gadis Bisu
Cinta Nota Cinta Buat Mu

Publishers

Kaki Novel
KarnaDya
Creative Enterprise
Alaf21
PTS
Rhythm
Jemari Seni
PTS One
UNIKA PTS

Recent Posts

Credits

online

Hak Cipta Terpelihara @ 2006-2007 Izza Aripin
emel: izzaaripin@yahoo.com.my
rss feed

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



RSS Atom

rss feed

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Your Lighthouse In A Storm

Berpindah lagi
  Tuesday, September 04, 2007


Untuk makluman pembaca budiman, blog ini telah berpindah ke alamat baru di

http://novelizza.blogspot.com



Izzaaripin at 10:07 am
Make a comment Â

Buah tangan terbaru
  Tuesday, August 21, 2007


Terbitan: Karnadya Solutions

Ini merupakan penerbitan sulung  untuk novel pendek ataupun NOPEN. Sebelum pandai menulis novel panjang - seperti bentuk yang ada di pasaran - saya memang suka menulis novel yang pendek-pendek seperti yang terkandung dalam koleksi novel ini. Namun sebelum kemunculan projek NOPEN Karnadya, saya tidak tahu di mana hendak menerbitkan karya-karya sebegini. Mujur Karnadya memulakan langkah menerbitkan karya pendek seperti ini yang telah dimulakan dengan penerbitan Semalam Ku Bermimpi karya novelis Aina Emir.

Dalam Biarlah Ku Sendiri, terkandung nopen saya yang berjudul Cinta Terakhir (tajuk asal). Nopen ini telah saya tulis sewaktu saya berada di tingkatan enam. Lebih kurang antara tahun 1993-1994. Tetapi saya ubah, gubah, tulis semula dan solekkan ia untuk penerbitan ini. Maklumlah, karya ini ditulis pada penghujung abad ke-20 (tahun 90-an). Banyak maklumat yang perlu diselaraskan agar sesuai diterbitkan pada abad ke-21 ini.

Nopen ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Bagi yang merindui hasil tulisan saya, sila dapatkan karya bersama ini di kedai buku yang berhampiran.

Promo daripada Karnadya

Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah di dalam buku ini tidak terlalu panjang, namun padat dengan plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat lebih serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


Biarlah Ku Sendiri
(berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dengan ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapal terbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.



Izzaaripin at 09:05 am
Make a comment Â

Anniversary KN dan Pelancaran Ku Seru Kasihmu
  Tuesday, July 24, 2007


Pada 15hb Julai 2007 yang lalu bertempat di Dewan Anjung Rahmat, Jalan Gombak, telah berlangsungnya sambutan ulang tahun kedua Kaki Novel dan pelancaran novel kedua Izzul Izzati, Ku Seru Kasihmu. Hampir kesemua penulis KN berkumpul pada hari itu bagi sama-sama meraikan majlis tersebut bersama blogers, rakan-rakan, bakal penulis dan ahli-ahli KN. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran adik-adik daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim Darul Izzah. Kumpulan MRU (Malaysia Rockers United) tampil menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Pada majlis itu juga, penulis KN diberikan cendera kenangan sebagai tanda penghargaan.

Kek mousse strawberi yang menjadi pujaan ramai kerana keenakannya. Yumyum!

Ku Seru Kasihmu yang tersusun indah di dalam bakul beralaskan orkid merah. Idea siapalah tu? Hehehe...

Barisan novel terbitan Kaki Novel Enterprise sehingga Julai 2007

Cendera kenangan daripada Kaki Novel. Kulit novel ...Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kerana Dia Cinta

Barisan penulis Kaki Novel mengapit En. Rizal yang sedang memotong kek



Izzaaripin at 08:41 pm
Make a comment Â

KDC diulas lagi
  Thursday, June 28, 2007


Kali ini Kerana Dia Cinta telah diulas oleh Adhan. Mari kita baca apa pandangannya mengenai KDC:


Kataku :

KDC bermula di blog melarik enigma…sebuah enovel yang menarik namun aku tidak begitu mengikutinya kerana kehilangan url blog tersebut.

Konflik yang diwujudkan oleh Izza Aripin dalam novel ini begitu menarik perhatian aku..Izza mencipta watak Ryan yang tak suka pada cinta dan dipertemukan dengan Gia yang memerlukan cinta dalam hidupnya dan Gia merasakan bahawa dia tak boleh hidup dengan lelaki yang tidak memiliki cinta seperti Ryan..watak Dena yang diwujudkan juga berkesan..apa yang dilakukan oleh Dena itu adalah reality kerana dalam keadaan sekarang, manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Ini dibuktikan oleh Dena apabila dia sanggup mengkhianati kawan baiknya disebabkan dia cemburukan Gia yang akan dijodohkan dengan Ryan kerana dalam masa yang sama Dena sukakan atau lebih tepat cintakan Ryan..Dena sanggup melakukan perkara yang ‘kotor’ semata-mata untuk dapatkan Ryan.

Bahasa dan ayat yang digunakan oleh Izza sungguh sempoi..mudah untuk difahami..ternyata Izza tahu apa yang dikehendaki oleh pembaca kerana bagi aku, bila kita membaca novel, kita hendak relaxkan minda kita jadi novel tersebut tak perlu terlalu berat..tak perlu ada konflik yang berat sampaikan pembaca kena perah otak untuk fikirkan apa yang terjadi seterusnya..bagi ulat buku, jangan lupa dapatkan novel ini..tidak rugi membeli dan menyimpannya sebagai koleksi..

Tahniah buat Izza Aripin..teruskan perjuangan anda dalam bidang ini…terimalah kritikan yang diberikan sebagai pembakar semangat..


Izzaaripin at 02:15 pm
Make a comment Â

Ulasan Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi
  Tuesday, June 12, 2007


Novel Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi (Siri 1) telah diulas. Untuk baca ulasannya, sila ke blog Ulas dan Kupas, satu blog baru yang akan mengulas dan mengupas buku di pasaran.



Izzaaripin at 09:29 pm
Make a comment Â

Kenapa banyak nama?
  Tuesday, May 29, 2007


Kenapa saya ada banyak nama pena? Saya sering menerima soalan ini daripada rakan-rakan dan khalayak pembaca. Sebelum ini saya pernah menjelaskannya dalam entri-entri terdahulu, tetapi memandangkan dengan kemunculan Akademi Gemilang, persoalan ini harus diberikan penjelasan sewajarnya sekali lagi.

Dalam novel Sofi (1997), saya menggunakan nama pena Haniza Ismail. Memandangkan ini merupakan novel sulung, saya masih hingusan. Lantaran novel ini terbit tanpa pengetahuan saya. Jadi penggunaan nama pena tersebut dibuat di luar persetujuan dan pengetahuan saya.

Dalam novel Segalanya Cinta (2002), saya menggunakan nama pena Norhanizah Ismail, yang juga merupakan nama penuh saya. Dalam kes ini, penerbit (NHMedia) menetapkan tidak mahu menggunakan nama samaran (pseudonym). Sementelah, saya masih lagi hingusan dalam dunia penulisan, saya akur.

Dalam novel Sebenarnya Cinta (2004), baharulah nama pena Izza Aripin dilahirkan. Ketika ini saya sudah semakin yakin dan tahu apa yang saya mahu. Saya perlu menggunakan pseudonym kerana di samping menceburkan diri dengan dunia penulisan kreatif, saya sudah pun terlibat secara rasmi dengan penulisan ilmiah. Penggunaan nama pena yang sama akan membuatkan pembaca keliru.

Dalam novel ...Dan Mimpi Pun Bersatu (2006) dan Kerana Dia Cinta (2007), nama pena Izza Aripin terus digunakan dan akan digunakan selama-lamanya untuk penulisan kreatif remaja/dewasa.

Dalam novel Siri Satu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi (2007), saya mengambil keputusan untuk menggunakan nama pena Hani Ismail. Nama pena ini adalah khusus untuk penulisan kreatif awal remaja/remaja. Saya tidak mahu pembaca muda keliru.

Biarlah Norhanizah Ismail, Hani Ismail dan Izza Aripin menulis dalam lingkungan 'mereka' yang tersendiri. "Kami' punyai visi dan misi masing-masing.

P/S: jangan keliru. saya hanya seorang penulis yang menggunakan tiga nama pena, itu sahaja...hehehe. Oh ya...pseudonym yang saya gunakan di blog yang satu lagi itu, hanya untuk suka-suka. Enigma bukan penulis, Enigma hanya pembaca dan peminat novel.



Izzaaripin at 02:45 pm
Comments (2)Â Â

Komen mengenai KDC
  Monday, May 28, 2007


Sudah lebih sebulan KDC berada di pasaran. Bermacam-macam maklum balas yang saya terima. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat daripada pembaca demi meningkatkan mutu penulisan saya. Berikut ialah komen daripada rakan pembaca yang sempat saya kutip daripada blog beliau:

Kata Wan Amalyn

Nurjia ~ dia mendambakan cinta dalam perkahwinannya. Namun dia tidak sanggup mengambil risiko hidup dalam 'buangan' menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga walaupun tiada perasaan cinta terhadap lelaki itu.

 

Ryan ~ dia tidak perlukan cinta dalam hidupnya. Dia impikan taraf Donald Trump dan perkahwinannya adalah satu 'transaksi perniagaan' dan peluang keemasan untuk dia melebarkan sayap serta meluaskan empayar perniagaannya.

 

Mereka disatukan dalam satu ikatan ~ perkahwinan. Dalam mengharungi hidup berumahtangga, pelbagai onak dan duri terpaksa dihadapi. Apatah lagi Gia yang terlalu mendambakan cinta dalam perkahwinannya tidak mungkin dapat dikecapinya dengan Ryan. Ryan dalam mencari erti cinta terpaksa membayar dengan harga yang tak ternilai iaitu kebahagiaannya sendiri. Di saat hati Gia mulai lembut untuk menerima takdir seadanya dia kecewa. Lantaran kesetiaannya dikhianati, dia mengambil keputusan drastik.

 

Dena ~ demi memburu kemewahan hidup sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkhianati kebahagiaan sahabat baiknya sendiri. Zeek yang telah jatuh cinta pandang pertama, sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya.

 

Apa kesudahannya ? Bagaimana Gia menangani masalah cinta yang membelengu hidupnya ? Dan Ryan, selamanyakah dia boleh hidup tanpa cinta ? Semuanya terjawap apabila anda menyelongkar Kerana Dia Cinta karya terbaru Izza Aripin ini.

 

Bagaimana yea… pada aku, Kerana Dia Cinta adalah cerita tentang 'Cinta' yang terlalu diimpikan oleh heroin hinggakan dia hampir tewas dalam pencariannya. Gia, pada aku adalah seorang gadis walaupun keras hatinya terpaksa akur pada kenyataan, dia tidak berani untuk hidup serba sederhana setelah bertahun-tahun disogokkan dengan kekayaan. Namun hingga ke satu peringkat bila seringkali 'dibuli' dia mula memberontak… dan pemberontakkannya terlalu drastik.!! Bab ni aku suka… barulah terserlah 'kekerasan' dan 'ketegasan' Gia.

 

Kesudahan yang menarik kerana pada aku… itulah realiti kehidupan..!! tak semua yang kita impi dan angan-angankan akan kita perolehi. Kadang-kala kita perlu belajar untuk menerima takdir yang telah tersurat buat kita seadanya.

 

Boleh dikatakan aku puas… walaupun terpaksa bersengkang mata untuk mengetahui kesudahannya.



Izzaaripin at 10:21 am
Make a comment Â

Bantu saya
  Saturday, May 19, 2007


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah berakhir. Bermacam-macam pengalaman dapat saya kutip daripada interaksidan maklum balas bersama peminat. Ada yang amat menyukai ...Dan Mimpi Pun Bersatu. Mereka bertanya bila novel itu akan bersambung. Tidak kurang juga ada yang memberitahu mereka senang dengan Kerana Dia Cinta.

Saya dalam dilema. Rancangan sebenar untuk tahun 2007 ialah menyambung ...Dan Mimpi Pun Bersatu. Cerita antara Anne dengan Iskandar memang sudah tamat. Namun konflik Dinasti al-Muttaqi dan al-Mansur masih menjadi persoalan. Saya akan garap persoalan itu bersama pengembaraan Ayrin dan Zarul. Sudah ada 30 halaman yang siap ditulis.

Seperti yang saya sebut sebelum ini, Kerana Dia Cinta ditulis adalah untuk menguji pasaran dan kebolehan saya menulis kisah cinta semata-mata. Novel ini juga boleh disambung, sekiranya saya mahu sebab nasib Ryan masih tergantung.

Jadi, bantulah saya menentukan novel apa yang bakal saya tulis pada 2008 dengan mengambil bahagian dalam undian di panel sebelah kiri blog ini.

Terima kasih.



Izzaaripin at 02:19 pm
Comments (2)Â Â

Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi
  Sunday, April 29, 2007


Hani Ismail
PTS One Sdn Bhd

Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3653-76-6
Barcode: 9789833653768
Jumlah Halaman: 240 halaman
Tarikh Terbit: 27 May 2007

(Dari kiri: Izkandar, Azurin, Suzaimi, Mawar dan Asyran)

http://akademigemilang.blogspot.com

Sinopsis

Suzaimi, seorang remaja yang dikurniai oleh kelebihan istimewa - boleh melihat masa hadapan melalui mimpi - telah diburu oleh Hantu Serigala, iaitu seorang Agen Hades. Dalam pelariannya, dia bertemu dengan Agen Gemilang dan diselamatkan ke Akademi Gemilang. Di sana, dia disatukan dengan pelajar-pelajar istimewa lain yang mempunyai pelbagai kelebihan. Perkenalannya dengan Mawar (berkebolehan memunculkan busar api) telah menyeret Suzaimi ke sebuah pengembaraan. Turut bersama mereka dalam pengembaraan itu ialah Azurin (mempunyai kebolehan telekinesis), Izkandar (berkebolehan membaca minda melalui sentuhan) dan Asyran (berkeupayaan menghilangkan diri). Dalam pengembaraan ini mereka dicabar oleh Ratu Serpent dan Hantu Serigala. Di samping itu persoalan mengenai asal usul kebolehan istimewa mereka turut menjadi satu misteri. Apakah Gen Gemilang? Apakah maksud mimpi Suzaimi melihat cermin pecah? Dan berjayakah mereka menyelamatkan diri? Kesemua jawapan ada dalam AG.

Latar Pembikinan AG

Novel yang dikhaskan kepada remaja merupakan percubaan pertama saya menulis dalam genre berlainan - fantasi dan pengembaraan. Sebelum ini dalam novel pertama saya dengan Kaki Novel, ...dan mimpi pun bersatu, saya telah mengadunkan elemen pengembaraan dan fantasi di samping tema utamanya iaitu kisah cinta. Hanya dalam Kerana Dia Cinta, saya menumpukan sepenuhnya kepada tema cinta dan kasih sayang.

Untuk Akademi Gemilang, saya telah menggunakan nama pena berlainan untuk membezakan audiens yang akan membaca novel tersebut. Di samping itu, saya juga bekerja dengan sebuah agensi penerbitan yang lain - PTS One. Saya tidak mahu pembaca keliru dengan dua jenis genre yang saya tampilkan. Sejak awal pembabitan saya dalam dunia penulisan, saya lebih berminat untuk menulis cerita pengembaraan, penyiasatan dan fantasi. Tetapi pada waktu itu, pasaran untuk genre tersebut masih belum terbuka. Keadaan tersebut memaksa saya menulis tema cinta sahaja. Kini pasaran untuk genre pengembaraan, penyiasatan dan fantasi semakin berkembang luas. Saya ingin rebut peluang ini untuk merealisasikan impian saya yang pertama dahulu.

Siri Akademi Gemilang

Pengembaraan Suzaimi merupakan siri pertama dalam Akademi Gemilang. Plot dan rangka cerita untuk siri AG seterusnya sudah pun ada. Hanya menanti masa untuk mengerjakannya sahaja. Saya menyasarkan untuk menulis dua buah siri AG dalam setahun. Setakat ini saya masih belum mahu memutuskan berapa siri AG akan ditulis.

Doakan kejayaan saya dalam menjadikan impian masa kecil saya satu kenyataan.


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada NHF Media Corp kerana menerbitkan enam buah novel baru sempena Pesta Buku Antarabangsa kali ini. Salah seorang penulisnya ialah Norrafishah Md Hassan. Tahniah juga saya ucapkan kepada Norra atas kelahiran novel barunya yang berbeza dengan penampilan sebelumnya. Tahniah sekali lagi.



Izzaaripin at 12:54 pm
Comment (1)Â Â

Pelancaran Kerana Dia Cinta
  Monday, April 16, 2007


Bertempat di restoran Burger King, Avenue K, novel Kerana Dia Cinta telah berjaya dilancarkan. Turut dilancarkan dia novel pertama hasil nukilan Mina Mahanie berjudul Seindah Gubahan Kasih. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri di majlis yang sederhana tetapi meriah itu. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dan Izzul Izzati untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut.

Saya juga berbesar hati apabila Amir Husaini, penulis novel Ombak Senja(Tintarona Publication) dan adik Fikri serta keluarganya dapat menyertai majlis itu. Untuk makluman Fikri merupakan orang yang pertama yang menggunakan jantung mekanikal di Asia Tenggara sebelum menjalani pembendahan pemindahan jantung pada November 2005. Selain itu, penulis-penulis Kaki Novel (KN) yang lain turut sama memeriahkan majlis seperti Anita Abdullah, Dina Najat dan Rabiatul Adawiyah (bakal menerbitkan novel pertama dengan KN tidak lama lagi).

Terima kasih juga kepada KN kerana mengadakan majlis pelancaran tersebut.

Novel Kerana Dia Cinta dan Seindah Gubahan Kasih akan menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2007.



Izzaaripin at 09:32 am
Comments (5)Â Â

Next Page
Design By: Adawehi