|
Profile ![]() Name:Izza Aripin From:Cheras, Kuala Lumpur Hidup Seindah Mimpi i) Kasih Pun Bersatu (kesinambungan Dan Mimpi Pun Bersatu) untuk terbitan 2008 ![]() KERANA DIA CINTA Terbitan KAKI NOVEL ![]() Terbitan PTS ONE SDN BHD Calendar
Tagboard
Gallery ![]() Terbitan:Kaki Novel Enterprise/ Tahun:2006 ![]() ![]() ![]() Facts of My Novels Dalam setiap novel, bermula daripada Segalanya Cinta, saya telah menggunakan latar tempat dan lingkungan kumpulan yang sama Fakta 1 Writers' Ark Izzul Izzati Dina Najat Rabiatul Adawiyah Eita Ashyta Amir Husaini Nisah Haron Ahmad Patria Abdullah Norra Hassan Anis Ayuni Najwa Aiman Ruby Hazri Rnyssa John Norafizan Resensi Antubuku Dari Rak Buku Carriekirana Forum Buku Dunia Novel Adhan Peminat Novel E-Novel Cinta Si Gadis Bisu Cinta Nota Cinta Buat Mu Publishers KarnaDya Creative Enterprise Alaf21 PTS Rhythm Jemari Seni PTS One UNIKA PTS Recent Posts Credits Hak Cipta Terpelihara @ 2006-2007 Izza Aripin emel: izzaaripin@yahoo.com.my
|
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
KERANA DIA CINTA Â Â Friday, April 06, 2007
Setiap ada kamu mengapa jantungku
Aku yang lemah tanpamu Bila yang tertulis untukku Namun takkan mudah bagiku Kisah seorang gadis yang mendambakan sebuah perkahwinan atas dasar cinta. Saat hati sudah mula berkasih, kesetiaannya dikhianati sehingga dia menghimpun dendam mahu mendatangkan sengsara kepada mereka yang menyakiti hatinya. Kisah seorang gadis yang merampas cinta demi memburu kemewahan hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk zina. Kisah seorang sahabat yang sanggup berkorban hati dan perasaan semata-mata mahu menyelamatkan orang yang teraniaya. Kisah seorang jejaka yang mencari makna cinta sehingga tersalah arah dan memusnahkan kebahagiaannya sendiri. Kisah seorang jejaka yang jatuh cinta pandang pertama dan sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya. ******** Akan berada di pasaran pada pesta buku akan datang. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27 April hingga - 6 Mei 2007 Pusat Dagangan Dunia Putra ******* Novel kelima dan keenam   Thursday, March 08, 2007
Insya-Allah novel kelima saya dengan Kaki Novel akan berada di pasaran pada pertengahan bulan April nanti. Sekarang novel berkenaan sedang dalam proses suntingan editor KN. Kulit novel juga sedang direka oleh pereka grafik. Malah bukan itu sahaja, novel remaja saya yang pertama akan berada di pasaran pada penghujung April atau awal bulan Mei. Ini merupakan usaha sulung saya untuk menceburi bidang penulisan novel remaja yang sedang giat berkembang. Novel ini merupakan novel remaja bersiri. Manuskrip tersebut juga sedang disunting oleh editor syarikat penerbitan berkenaan. Ini bermaksa, jika segala-galanya berjalan lancar, pada bulan April nanti saya akan ada double novel yang akan masuk ke pasaran. Dan saya juga akan bekerjasama dengan dua penerbit dengan dua nama pena yang berbeza sedikit kerana hendak membezakan genre penulisan saya. Sekiranya kedua-dua penerbit memberikan lampu hijau, saya akan siarkan tajuk, kulit novel berserta dengan sinopsisnya sekali tidak lama lagi. Jadi, nantikan kemunculan buah tangan saya yang seterusnya! P/S: Sekarang ni sudah kena mula mencari idea tambahan dan jalan cerita untuk sambungan ...dan mimpi pun bersatu. Novel kelima   Friday, December 29, 2006
Insya-Allah novel kedua dengan Kaki Novel dan kelima bagi saya akan berada di pasaran pada tahun hadapan. Tajuknya masih belum final tetapi manuskripnya telah pun berada di dalam tangan penerbit untuk suntingan. Sinopsisnya akan saya lampirkan sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada penerbit. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT TAHUN BARU 2007 Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme   Tuesday, December 19, 2006
Bengkel Kajian Novel popular di Malaysia yang telah selamat berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 15 Disember 2006 yang lalu telah berjaya menghimpunkan ramai penulis novel popular, pengkritik novel, pemerhati dan tidak kurang juga peminat novel sastera. Bertemakan Novel Popular: Antara Komersialisme dengan Intelektualisme, bengkel tersebut telah berjaya mengupas 16 buah novel berdasarkan skop kajian yang telah dikenal pasti. Novel-novel yang dibincangkan adalah seperti yang berikut: 1. Mahligai Cinta, Sri Diah (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Hashim Ismail. Sudut kajian: Kenapa membaca novel popular? 2. Tunjukkan Aku Satu Bintang, John Norafizan (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Nilai kekeluargaan yang kabur 3. Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Mursyid (ALaf 21) dibincangkan oleh Mohamad Saleeh Rahamad. Sudut kajian: Sebuah hikayat moden 4. Pasrah Kasih, Mazia Harris (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Misran Rokimin. Sudut kajian:Novel popular lebih nilai komersial daripada nilai intelektual 5. Nyayian Tanjung Sepi, Noor Suraya (Creative) dibincangkan oleh Dr Amida @ Hamidah Abdul Hamid. Sudut kajian: Menggemblengkan cinta syumul sebagai prioriti dalam ziarah insan 6. Jendela Hati, Aisya Sofea (Alaf 21) dibincangkan oleh Dr Hj Talib Samat. Sudut kajian: Strategi dan teknik naratif 7. Cemburu Seorang Perempuan, Siti Hazneza Abd Hamid (Creative) dibincangkan oleh Hjh Zalila Sharif. Sudut kajian: Polarisasi antara ketekalan dan kerjasama 8. Tak Seindah Mimpi, Sharifah Abd Saleem (Alaf 21) dibincangkan oleh Hj A. Rahim Abdullah. Sudut kajian: Bukan fiksyen dan teknik naratif 9. Secebis Kasihmu, Syamimi Aminollah (Creative) dibincangkan oleh Prof. Madya Dr Ruzy Suliza Hashim. Sudut kajian: Pembikinan feminiti dan maskuliniti dalam novel Melayu 10. Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah (Riketkertas) dibincangkan oleh Prof. Mohd Mokhtar Hassan. Sudut kajian: Antara komersialime dengan intelektualisme 11. Gemersik Kalbu, Anis Ayuni (Alaf 21) dibincangkan oleh Prof. Dr Hj Mohd Sahlan Mohd Saman. Sudut kajian: Mencari keintelektualan, kegunaan dan keindahan daripada sebuah novel popular 12. Maafkanlah Aku, Zaharah Muhammad (Creative) dibicangkan oleh Hj. A. rahim Abdullah. Sudut kajian: Krisis identiti wanita yang pasrah 13. Bukan Puteri Lindungan Bulan, Liana Afiera Malik (Creative) dibincangkan oleh Hj Hamzah Hamdani. Sudut kajian: Wanita tabah 14. Original, HM Tuah (Alaf 21) dibincangkan oleh Dr Rosnah Baharudin. Sudut kajian: Bauran imaginasi dan realiti 15. Mencintaimu, Nass Alina Noah (Creative) dibincangkan oleh Prof Madya Dr Misran Rokimin. Sudut kajian: Tujuh ramuan diadun dalam bovel popular 16. Getaran Rindu, Norzailina Nordin (Alaf 21) dibicangkan oleh Dr kamariah Kamarudin. Sudut kajian: Antara komersialime dengan intelektualisme
Pelbagai persoalan telah dibincangkan sepanjang dua hari bengkel berlangsung. Masing-masing tampil dengan pendapat sendiri. Ada pihak yang menentang cadangan DBP hendak menerbitkan novel popular. Secara jujur, aku bersetuju. Biarlah DBP kekal sebagai sebuah badan yang memartabatkan bahasa dan bangsa. Penerbitan novel popular biarlah menjadi periuk nasi penerbit swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Novel serius dan novel popular punya khalayak masing-masing. Sepanjang dua hari juga banyak perkara yang aku pelajari. Yang nyata aku tidak akan menulis novel serius kerana aku lebih suka menyampaikan sesuatu yang serius dalam bentuk yang popular. Tidak semestinya yang komersial itu tiada nilai inteleknya. Sungguhpun disampaikan dalam bentuk santai, persoalan yang ingin diketengahkan mestilah berguna untuk mendidik anak bangsa. Ibarat serampang dua mata: berhibur sambil mendidik. Ini kata aku. Kata orang lain, aku tak tahu. Ni promo bukan ujub..ekekekeke   Saturday, November 25, 2006
Ada sedikit perkara perlu dijelaskan berdasarkan sinopsis yang dipaparkan. Sekali imbas sinopsis ini membayangkan yang watak utama cerita iaitu Anne dan Iskandar juga Ayrin dan Zarul berada dalam lingkungan masa yang sama. Hakikatnya, kisah ini melibatkan dua generasi iaitu Anne dan Iskandar sebagai generasi pertama (mereka berdua ialah ibu bapa kepada Ayrin), dan Ayrin dan Zarul sebagai generasi kedua. Saya harap para pembaca di luar sana tidak keliru. Ramai yang mengatakan kepada saya cerita ini mengelirukan kerana ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab dan masih tergantung. Insya-Allah segala persoalan akan saya jawab dalam sambungan novel ini kelak. Namun sambungannya hanya akan dibuat selepas novel kedua saya dengan Kaki Novel diterbitkan sebelum Pesta Buku 2007, Insya-Allah. Saya akan berusaha menepati janji.
Aku menulis bukan kerna nama   Tuesday, November 07, 2006
Sudah lama ku biarkan blog ini sepi tanpa coretan, kecuali ucapan Selamat Hari Raya. Selepas melalui beberapa perkara yang bangkit bagai cendawan selepas hujan dalam dunia penulisan, aku bagaikan terpanggil untuk menghidupkan blog ini dalam suasana yang lebih serius. Kali ini aku bukan sahaja akan membincangkan mengenai novel-novel ku, malah akan ku kupas dan ku paparkan berita-berita yang muncul di mana-mana yang berkaitan dengan dunia sastera. Semalam melalui Yahoo! Messenger, seorang rakan penulis Najwa Aiman memberitahu ku mengenai beberapa keratan akhbar siaran Utusan/Mingguan Malaysia mengenai penulisan sastera. Aku yang selama ini memang terasa ada bahang yang wujud antara penggiat novel popular dan penggiat sastera, terus terpanggil untuk membaca petikan-petikan tersebut. Walaupun bukan aku yang terbabit, aku tetap berasa tempiasnya, kerana aku penulis novel popular. Aku mengenali dunia novel dengan membaca karya-karya seperti karya Ahadiat Akashah, Lamia Aimal, Zuraidah Othman, Hizairi Othman, Nisah Haron dan dan ramai lagi. Semenjak di sekolah rendah, aku sudah meminati karya sains fiksyen Hizairi. Melangkah ke alam remaja, aku taat mengikuti cerpen Nisah Haron yang sering terpapar di majalah Dewan Siswa. Ketika itu juga aku turut membaca karya-karya Ahadiat dan Zuraidah, di samping beberapa novel popular lain yang muncul di era 90-an. Berbekalkan semangat penulis-penulis ini, aku melayarkan pena untuk menjadi sehebat mereka. Aku ingin berkongsi cita dan rasa dengan dunia. Walaupun pada mulanya kebanyakan karya-karya ku hanya menjadi penghuni kotak-kotak buku, aku masih tetap menulis kerana mungkin suatu hari nanti karya ku akan diterbitkan. Aku sebenarnya takut-takut hendak menginjakkan kaki ke dalam dunia penulisan yang ketika itu memang sudah dikuasai oleh nama-nama besar (baik popular mahupun sastera). Aku tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Mungkin aku bernasib baik kerana semenjak di tingkatan 4, aku sudah diajar mengenai sastera, membaca hikayat, menganalisis novel sastera dan drama sehinggalah aku ke tingkatan enam. Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Panji Semirang, Hikayat Awang Merah Muda adalah antara karya-karya klasik kesukaan ku sehingga kini. Entah kenapa, aku tidak begitu menghayati sastera moden yang pernah menjadi sukatan pelajaran sastera bagi tingkatan 4, 5 dan 6. Ketika kaki sudah menginjak ke dunia penulisan, rupa-rupanya aku tersalah tapak. Tapak yang ku injak rupa-rupanya tidak kukuh. Patah semangat seketika sebelum hati ku terbuka untuk mencuba buat kali kedua. Bermula dari situ, langkah ku hayun semakin laju dengan terbitnya tiga buah novel-novel ku di bawah dua penerbit. Kali ini akan ku hayun kaki ku laju-laju sehingga hati ku puas. Aku akui masih banyak kelemahan yang harus dibaiki. Aku tidaklah sehebat penulis sastera lain yang bijak menyulam kata sehingga menjadi untaian frasa dan klausa yang indah mengasyikan dan mengujakan. Aku juga tidak sehebat novelis popular yang bisa mengemudi perasaan pembaca hingga menghayati kisah yang dipaparkan. Aku menulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Jalan cerita...aku cuba mencari kelainan walaupun kadang kala kelainan itu rupa-rupanya sama dengan milik orang lain tanpa pengetahuan ku. Ada pendapat mengatakan novel cinta selalu klise. Asyik-asyik cerita yang sama. Hm...drama dan filem Melayu mahupun antarabangsa apa kurangnya. Cuma tukar pelakon dan latar tempatnya jadilah filem lain. Temanya masih berkisarkan perkara yang sama, cuma disampaikan melalui pelbagai cara ikut kreativiti masing-masing. Bagi aku, aku hidup dalam dunia yang aku paparkan. Kisah yang aku paparkan ialah kisah aku, kau dan dia. Aku tak tahu pula nak buat cerita yang melangkaui aku, kau dan dia. Mungkin ada yang dah bosan dengan kisah aku, kau dan dia? Tapi kebosanan itu janganlah dijangkitkan kepada orang lain. Kalau dah tak suka, baik jangan baca. Aku tak baca karya yang aku tak suka. Sebab itu aku tak pernah mengutuk karya orang lain sesuka hati. Bagi aku karya seseorang itu ada nilai dan keistimewaan tersendiri hatta karya-karya yang mempunyai bahasa-bahasa melampau, bombastik, lucah mahupun ganas. Aku hormati lontaran buah fikiran mereka walaupun tidak semua orang menyetujui atau menyukainya. Aku cuma akan kutuk karya yang memesongkan akidah. Kritikan itu bagus untuk penambahbaikan. Tapi jangan samakan kritikan dan kutukan. Kritik karya seseorang, bukan peribadinya. Kritikan biarlah yang membina dan menunjukkan arah yang sepatutnya, bukan kritik untuk metongsampahkan. Puas dah kot aku membebel.
Bacalah dengan fikiran yang terbuka luas; seluas lautan, seluas angkasa: Pilihlah pembimbing berwibawa oleh Zaid Akhtar, Utusan Malaysia Online 17/09/2006 Kasta dalam sastera oleh kuseman@pc.jaring.my, Utusan Malaysia Online 18/09/2006 Zaid Akhtar kemilau nama besar oleh Saifur Rohman, Utusan Malaysia Online 15/10/2006 Salam Ramadan dan Salam Syawal   Tuesday, October 10, 2006
Lama dah saya tak melawat rumah yang satu ini. Punca utama, rumah ini hanya dikhaskan untuk sinopsis dan kupasan novel-novel saya.. di samping apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan penulisan. Memandangkan sekarang saya sedang giat menulis novel kedua dengan Kaki Novel (dan kelima untuk diri sendiri), saya tak punya banyak masa untuk menguruskan kesemua blog saya yang ada sekarang ini (ada empat kesemuanya - 2 enovel, satu jurnal dan blog ini). Sibuk dengan kelas dan juga urusan lain seperti kerja dan keluarga, kadang-kadang saya sendiri pelik bagaimana saya boleh bertahan...hehehe. Sebenarnya saya tak mahu membebel panjang di sini sebab blog ini bukan tempatnya. Saya sekadar untuk mengucapkan Salam Ramadan dan Salam Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Jangan membazir pada bulan Ramadan, banyakkan amal ibadah dan sedekah jariah, juga jangan lupa bayar zakat fitrah. Pandu berhati-hati di atas jalan raya sewaktu pulang ke kampung atau beraya pada bulan Syawal, makan jangan tak ingat orang belakang. Komen daripada forumbuku   Friday, July 21, 2006
Berikut ialah komen yang terpapar di blog forumbuku mengenai novel ...dan mimpi pun bersatu. Sekiranya anda ingin turut serta dalam forum ini, jemputlah ke sana. ... dan mimpi pun bersatu, hasil tulisan Izza Aripin keluaran Kaki Novel. Mengisahkan cerita tentang Tengku Iskandar dan Anne di dalam melayari bahtera kehidupan berumah tangga mereka. Tengku Iskandar adalah seorang pemerintah kerajaan Dhiyapura. Manakala Anne pula adalah pewaris kalung Tun Fatimah. Tidak perlu saya bercerita panjang lebar tentang Novel ini, kerana saya percaya kalian sudah pun mendapatkannya di pasaran. Tajuk Forum:- Yang mana satu kah lebih meninggalkan kesan? Cerita yang bercorak fairy tale atau pun cerita yang bercorak ilmiah. Wajarkah kita biarkan dunia penulisan dan dunia novel ini dipenuhi dengan kisah cinta semata-mata. Tidak kah ini dikatakan cerita stereotype? Marilah kita kupaskan bersama-sama tajuk forum ini ya... Apa kata forum buku? Bagi saya, jika ingin menulis atau menghasilkan sesuatu karya biarlah yang meninggalkan kesan di hati kita. Biarlah yang berilmu. kerana sesuatu yang berilmu itu akan berkekalan sepanjang zaman. Kadang kala saya merasa kehausan di dalam membaca novel. Saya inginkan kelainan, saya inginkan suntikan baru. Bukan novel ini saja yang saya maksudkan, malah banyak lagi novel di luar sana yang stereotype. Hingga kini, saya masih lagi menantikan kelaianan yang dibawa oleh barisan penulis muda yang terkenal atau pun yang baru melangkah ke alam penulisan. Adakah selama-lamanya kita akan disogokkan dengan kisah cinta seperti ini? bertemu... bercinta... kemudian berkahwin, akhirnya berpisah. Kadang kala saya melihat karya yang dihasilkan seperti tayangan filem hindustan. Walau bagaimana pun, kredit harus diberikan kepada penulis ini. Berani menghasilkan sesuatu yang saya fikir agak mengelirukan. Mujurlah disertakan dengan diagram susur galur dinasti keluarga diraja kerajaan Dhiyapura. Pada fikiran saya, karya Izza kali ini adalah sesuatu yang stereotype tetapi dgarap dengan cara yang tersendiri. Ketika membaca saya seperti berada di alam yang berbeza, seperti berada di alam fairy tales. Kredit saya untuk cik Izza, bagus! dan saya harap Cik Izza akan terus berkarya dan menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan. ...dan mimpi pun bersatu versi e-novel   Saturday, June 24, 2006
Atas permintaan ramai, saya akan mulakan e-novel ...dan mimpi pun bersatu. E-novel ini akan bersambung daripada cerita terakhir novel ...dan mimpi pun bersatu. Antara inti pati cerita ialah kisah Anne-Iskandar; tentang bagaimana mereka memulakan hidup semula sebagai suami isteri setelah berpisah lama; dan kisah Ayrin-Zarul yang sedang cuba menyesuaikan diri dengan hidup baru mereka. E-novel ini berjudul Peluang Kedua
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Design By: Adawehi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||