|
Bertempat di restoran Burger King, Avenue K, novel Kerana Dia Cinta telah berjaya dilancarkan. Turut dilancarkan dia novel pertama hasil nukilan Mina Mahanie berjudul Seindah Gubahan Kasih. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadirkan diri di majlis yang sederhana tetapi meriah itu. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dan Izzul Izzati untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut. Saya juga berbesar hati apabila Amir Husaini, penulis novel Ombak Senja(Tintarona Publication) dan adik Fikri serta keluarganya dapat menyertai majlis itu. Untuk makluman Fikri merupakan orang yang pertama yang menggunakan jantung mekanikal di Asia Tenggara sebelum menjalani pembendahan pemindahan jantung pada November 2005. Selain itu, penulis-penulis Kaki Novel (KN) yang lain turut sama memeriahkan majlis seperti Anita Abdullah, Dina Najat dan Rabiatul Adawiyah (bakal menerbitkan novel pertama dengan KN tidak lama lagi). Terima kasih juga kepada KN kerana mengadakan majlis pelancaran tersebut. Novel Kerana Dia Cinta dan Seindah Gubahan Kasih akan menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2007. |
| izza April 18, 2007 09:36 AM PDT wan, mesti ngantuk gila gaban hari ni kan? ekeke..samalah kita kalau bc novel gila2 sampai sanggup tak tido. nacha, insya-allah projek sy lepas sambungan DMPB ialah nk wat citer Ryan plak. | ||
| nacha April 17, 2007 02:34 PM PDT eh! ok sgt2 la tu Izza. camne la Ryan meraih `cinta' barunya pulak. huhu.. | ||
| nacha April 17, 2007 10:55 AM PDT Izza, sy dah khatam KDC. thumbs up to u. for me mmg this is the best novel kalo nak compare dgn yg terdahulu. ending tu ada kelainan. mmg sy mengharapkan Amani akan bersatu semula dgn Ryan. tapi setelah dipikirkan mmg `Cinta' yg dicari selama ini jd sesuai la dia memilih Zeek. Ryan sepatutnya berfikir peluang hanya datang sekali dlm hidup. kalo kita x grab the opportunity mmg rugi & sesal kemudian hari. `Best man win' | ||
| Leave a Comment: |