|
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah berakhir. Bermacam-macam pengalaman dapat saya kutip daripada interaksidan maklum balas bersama peminat. Ada yang amat menyukai ...Dan Mimpi Pun Bersatu. Mereka bertanya bila novel itu akan bersambung. Tidak kurang juga ada yang memberitahu mereka senang dengan Kerana Dia Cinta. Saya dalam dilema. Rancangan sebenar untuk tahun 2007 ialah menyambung ...Dan Mimpi Pun Bersatu. Cerita antara Anne dengan Iskandar memang sudah tamat. Namun konflik Dinasti al-Muttaqi dan al-Mansur masih menjadi persoalan. Saya akan garap persoalan itu bersama pengembaraan Ayrin dan Zarul. Sudah ada 30 halaman yang siap ditulis. Seperti yang saya sebut sebelum ini, Kerana Dia Cinta ditulis adalah untuk menguji pasaran dan kebolehan saya menulis kisah cinta semata-mata. Novel ini juga boleh disambung, sekiranya saya mahu sebab nasib Ryan masih tergantung. Jadi, bantulah saya menentukan novel apa yang bakal saya tulis pada 2008 dengan mengambil bahagian dalam undian di panel sebelah kiri blog ini. Terima kasih. |
| izza May 22, 2007 10:16 AM PDT terima kasih milo ais. sedap nama. sesedap minumannya...heheheh. Insya-Allah jika ada rezeki akan akan sambung kesudahan cerita Ryan. Segala perkembangan akan akak beritahu di sini. | ||
| milo ais May 19, 2007 09:18 PM PDT saya suka novel kak izza yg terbaru 'kerana dia cinta' dan saya tertarik dgn watak ryan. saya amat.. amat.. amat.. berharap sangat agar kak izza membuat kesinambungan 'kerana dia cinta' saya dah tak sabar nak tahu kesudahan nasib ryan. kesian ryan, bila dah tahu apa itu cinta.. tapi, semuanya sudah terlambat.. | ||
| Leave a Comment: |