Entry: Kenapa banyak nama? Tuesday, May 29, 2007



Kenapa saya ada banyak nama pena? Saya sering menerima soalan ini daripada rakan-rakan dan khalayak pembaca. Sebelum ini saya pernah menjelaskannya dalam entri-entri terdahulu, tetapi memandangkan dengan kemunculan Akademi Gemilang, persoalan ini harus diberikan penjelasan sewajarnya sekali lagi.

Dalam novel Sofi (1997), saya menggunakan nama pena Haniza Ismail. Memandangkan ini merupakan novel sulung, saya masih hingusan. Lantaran novel ini terbit tanpa pengetahuan saya. Jadi penggunaan nama pena tersebut dibuat di luar persetujuan dan pengetahuan saya.

Dalam novel Segalanya Cinta (2002), saya menggunakan nama pena Norhanizah Ismail, yang juga merupakan nama penuh saya. Dalam kes ini, penerbit (NHMedia) menetapkan tidak mahu menggunakan nama samaran (pseudonym). Sementelah, saya masih lagi hingusan dalam dunia penulisan, saya akur.

Dalam novel Sebenarnya Cinta (2004), baharulah nama pena Izza Aripin dilahirkan. Ketika ini saya sudah semakin yakin dan tahu apa yang saya mahu. Saya perlu menggunakan pseudonym kerana di samping menceburkan diri dengan dunia penulisan kreatif, saya sudah pun terlibat secara rasmi dengan penulisan ilmiah. Penggunaan nama pena yang sama akan membuatkan pembaca keliru.

Dalam novel ...Dan Mimpi Pun Bersatu (2006) dan Kerana Dia Cinta (2007), nama pena Izza Aripin terus digunakan dan akan digunakan selama-lamanya untuk penulisan kreatif remaja/dewasa.

Dalam novel Siri Satu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi (2007), saya mengambil keputusan untuk menggunakan nama pena Hani Ismail. Nama pena ini adalah khusus untuk penulisan kreatif awal remaja/remaja. Saya tidak mahu pembaca muda keliru.

Biarlah Norhanizah Ismail, Hani Ismail dan Izza Aripin menulis dalam lingkungan 'mereka' yang tersendiri. "Kami' punyai visi dan misi masing-masing.

P/S: jangan keliru. saya hanya seorang penulis yang menggunakan tiga nama pena, itu sahaja...hehehe. Oh ya...pseudonym yang saya gunakan di blog yang satu lagi itu, hanya untuk suka-suka. Enigma bukan penulis, Enigma hanya pembaca dan peminat novel.

   2 comments

izza
June 5, 2007   04:10 PM PDT
 
mana ada lama aku hibernate. sekejap ajer. tgh siapkan projek terbaru. berat? mcm tuannya jugak kan? ekekeke
Najwa Aiman
June 5, 2007   12:09 AM PDT
 
lama gak ko berhibernasi. sibuk apa lagi tu?

blog ko ni berat sgt la.. lambat download.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments