|
Pada 15hb Julai 2007 yang lalu bertempat di Dewan Anjung Rahmat, Jalan Gombak, telah berlangsungnya sambutan ulang tahun kedua Kaki Novel dan pelancaran novel kedua Izzul Izzati, Ku Seru Kasihmu. Hampir kesemua penulis KN berkumpul pada hari itu bagi sama-sama meraikan majlis tersebut bersama blogers, rakan-rakan, bakal penulis dan ahli-ahli KN. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran adik-adik daripada Pertubuhan Anak-anak Yatim Darul Izzah. Kumpulan MRU (Malaysia Rockers United) tampil menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Pada majlis itu juga, penulis KN diberikan cendera kenangan sebagai tanda penghargaan.
Kek mousse strawberi yang menjadi pujaan ramai kerana keenakannya. Yumyum!
Ku Seru Kasihmu yang tersusun indah di dalam bakul beralaskan orkid merah. Idea siapalah tu? Hehehe...
Barisan novel terbitan Kaki Novel Enterprise sehingga Julai 2007
Cendera kenangan daripada Kaki Novel. Kulit novel ...Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kerana Dia Cinta
Barisan penulis Kaki Novel mengapit En. Rizal yang sedang memotong kek |
| Leave a Comment: |